Polis tidak menutup kes sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil bungkusan ‘nasi ganja’ pada Julai tahun lalu.<br /><br />Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan pihak polis telah menyelesaikan siasatan dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya dan baru-baru ini, pihaknya telah menerima arahan untuk mengambil beberapa lagi tindakan berhubung siasatan berkenaan.
